Cuti-Cuti Malaysia
Posted November 23rd, 2009 | Category : Outdoor Photography, Personal, SandingBila bermulanya cuti persekolahan maka bermulalah musim cuti-cuti Malaysia. Bagi yang berkeluarga, inilah masanya membawa keluarga untuk keluar bercuti dan mengambil peluang ini untuk bersantai dan berehat. Bagi kanak-kanak pula, mereka hanya nak enjoy sahaja setelah penat bersekolah. Bagi yang belum berkeluarga, inilah masanya untuk mendirikan rumahtangga… dan bagi jurufoto pula, inilah masanya untuk melayan ‘passion’ dan tidak lupa, makan nasi kenduri… Akibat kekalutan hujung tahun seperti ini, sudah beberapa tahun tidak mengunjungi Pesta Pulau Pinang. Namun untuk tidak menghampakan anak-anak satu percutian ke Langkawi telah diatur dalam pertengahan bulan Disember. Semoga diizinkanNYA segala yang telah dirancangkan.
Pada hari Jumaat (20 November) yang lalu telah pergi ke Kajang bersama rakan-rakan seperjuangan semata-mata untuk menikmati hidangan sate Kajang Hj. Samuri, dan telah bermalam di Hotel UpTown, Kajang. Keesokkannya singgah pula di Nilai 3 dan perabih duit serba sedikit membeli perhiasan rumah. Manakala pada hari Ahad (22 November) pula menghadiri jamuan perpisahan dengan ‘boss’ yang telah dinaikkan pangkat. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel UiTM Permatang Pasir. Memang menarik makanan yang disediakan, jadi banyaklah makanan yang menerjah masuk ke perut. Petangnya pula berkejar ke Kuala Muda untuk bersama rakan seperjuangan yang setia dan ‘happening’, Eiman Aliff untuk membuat liputan fotografi perkahwinan.
Malam tu memang letih namun itulah kehidupan, jika kita menceriakan hidup kita, ia memang bermakna, apatah lagi jika kita menceriakan kehidupan orang lain kerana sesungguhnya ibaratkan diri kita sebagai seekor lebah, yang makannya adalah terdiri dari makanan yang baik-baik, maka apa yang dikeluarkan pula memberi manafaat kepada kehidupan lain seperti madu yang banyak kegunaannya, jangan jadikan diri kita ibarat seekor lalat yang makannya dari makanan yang tidak baik, maka apa yang dikeluarkannya pula adalah memudaratkan kehidupan lain seperti wabak taun, wallahuallam.

…Puteri kesayangan (model tetap) di kolam mandi

..dihadapan sederetan kedai makan seperti Dunkin Donut, Starbuck Cofee, Kopitiam, Noodle Station, dll yang ada di hadapan Hotel Uptown, Kajang.

.. majlis perpisahan di Hotel UiTM, Permatang Pasir

.. setting kamera dulu sebelum ’shoot’ bersama Eiman Aliff
Majlis Perkahwinan 22 November 2009: Hafiz & Shafinas
Kuala Muda
Jurufoto Rasmi: Eiman Aliff




…. imej oleh ‘Junior Photographer’ Amerul Qassim dengan Nikon D50 dan Nikon 50mm..

.. satu lagi imej oleh Qassim… dah pandai ambil ‘moment’…







… aksi ’standard’ bila ada ramai kawan yang hadir sama..

… antara barisan bakal pelanggan akan datang….

.. DJ terbaik yang pernah dilihat, tidak berkesempatan bertanyakan nama dan nombor telefon kerana beliau sibuk bermain gitar dan minus-one, suaranya boleh tahan komersilnya, memang hebat OKU ini….

.. antara aksi jurufoto-jurufoto yang merakamkan gaya pengantin diatas pelantar jeti nelayan di Kuala Muda..

… tidak sempat mengisi peluru….

…setelah penat menghasilkan idea, berkunjung ke A-Z Bistro Cafe di Pulau Sayak, tempat yang menarik untuk bersantai…

…. wow inilah hidangan yang menyelerakan dan buat melepaskan kepenatan… mee udang yang pedas…
“terasa macam fotopages zai kulim yang terkenal dengan pelbagai makanan tu…”

… inilah eiman aliff yang sentiasa prihatin dan ‘close’ dengan ‘pengantinnya’ (itulah ’speciality’ beliau), dan telah banyak membimbing jurufoto-jurufoto baru dari utara, jadi bro-bro yang pernah bersama beliau dulu dan sekarang, ingatlah bahawa seekor lebah yang bekerja itu akan tetap meneruskan kerjanya sehingga ajalnya sampai, tetapi jika rakan-rakan lebah yang lain memberikan komitmen dan bekerjasama, sudah pasti akan menghasilkan sejumlah madu yang banyak dan banyaklah manfaatnya kepada kehidupan mahkluk yang lain. Fikir-fikirkanlah…
“Salam Idil Adha kepada semua umat Islam”
ajeezzothman