Padi Field

Posted August 9th, 2009 | Category : Akad Nikah, Outdoor Photography, Sanding

Majlis Akad Nikah & Resepsi 7 & 8 Ogos 2009: Nurul Hidayah & Muhammad
Bakar Kapor, Penaga, Seberang Perai

Sekali lagi dengan izinNya dapat kesempatan untuk shoot di sawah padi tapi kali ini bersama AbangShy (Canonian) untuk merakamkan detik indah pasangan pengantin yang juga merupakan anak kepada sahabat baik kami berdua, cikgu Arifin SMKDOB. Sahabat sudah pun melangsungkan perkahwinan anaknya….suatu ketika nanti jika dipanjangkan usia nak lihat anak sendiri pula melangsungkan perkahwinan. Masa tu tak boleh nak shoot la, kena pakai baju Melayu nak sambut tetamu, kena hired photographer lain yang masa tu tak tahulah teknologi dslr ni dah sampai ke mana. Apa pun perjuangan ini tidak ada kesudahannya..perkahwinan akan tetap berlangsung setiap masa,.. tidak kira kemelesatan ekonomi ke, pandermik ke…peperangan ke…cuma kaedah sambutannya aje yang berbeza.

hidayah001

hidayah002

hidayah003

hidayah004

hidayah005

hidayah006

hidayah007

hidayah008

hidayah009

hidayah010

hidayah011

hidayah012
…..PADI…adalah semangat sebenarnya kepada masyarakat Melayu. Perkataan PADI adalah satu diantara tiga perkataan asal Bahasa Melayu yang tidak dipinjam dari Bahasa Inggeris, Arab atau pun Sanskrit…very original! PADI mempunyai tarikannya tersendiri selain dari hanya menjadi makanan ruji masyarakat Malaysia dan sebahagian dunia, sebab itulah saya amat teruja merakamkan imej berlatar belakang sawah PADI.

hidayah013

hidayah014
Inilah aksi yang sering menjadi permintaan pasangan pengantin sendiri untuk dirakamkan… mungkin mereka pernah melihatnya dari aksi rakan-rakan mereka terdahulu atau dari sebarang majalah. Terfikir sejenak siapakah yang mencipta dan memulakan aksi ini…. kreatif, menarik dan tertarik!

Gue2009
…akhirnya berkesempatan untuk menghayati sawah PADI…..enjoy!!


ajeezzothman

Principal Photographer for OrientPix

TBDGLOBAL4U NETWORK Your Internet Cash Generator

18 Comments