KampungKu

Posted July 27th, 2009 | Category : Personal

Sudah lama tidak bersantai di kampung, sejak ketiadaan kedua ibu bapa sekian lamanya tidak terasa ingin pulang ke kampung halaman dan menikmati keindahannya. Sesungguhnya suasana dan pemandangan di kampung itu memang indah dan menimbulkan nostalgia lama. Sewaktu zaman kanak-kanak dulu bila bercuti di kampung keadaannya begitu membuai rasa dan meriangkan sehingga setiap ketika dihabiskan dengan permainan yang meliputi seluruh kawasan kampung sehingga ke tengah bendang. Jika diwaktu itu sudah terdapat kamera digital pastinya ribuan foto-foto kandid dapat dikumpulkan dan bertimbun album dijadikan arkib sebagai rujukan. Kini suasana telah banyak berubah dan kampung kini lebih berkonsepkan ruang komersil semata-mata, tanah pertanian dijual berluasa untuk pembangunan lain, ruang tanah semakin sesak dengan rumah batu bata tanpa seni kayunya lagi. Malamnya tidak lagi sunyi, paginya tidak lagi seawal subuh dengan kekalutan untuk turun ke sawah… keadaan begitu jauh berbeza, terkadang sedih mengimbau kembali kenangan lama dan terkadang ingin mengekalkan keadaan kampung seperti dulu tapi ianya mustahil kerana manusia di Malaysia kini lebih rakus menjana wang untuk kepentingan masing-masing. Kenapa di negara Jepun, kampung petaninya masih berkeadaan sama cuma berlakunya pertambahan teknologi sahaja. Sebenarnya untuk maju dan berjaya ianya bermula dengan pemikiran yang maju, suasana yang segar dan harmoni perlu dikekalkan untuk ditatapi dan dihayati oleh generasi akan datang…..

kampung0031
Nikon D50, Nikkor 70-300mm Manual/155mm 1/800s at f4.8

kampung002
Nikon D50, Nikkor 70-300mm Manual/300mm 1/800s at f5.6

kampung001
Nikon D50, Nikkor 70-300mm Manual/300mm 1/500s at f5.6

fitreenaamani003
Model: Fitreena Amani :Nikon D50, Tamron 28-75mm Manual/75mm 1/500s at f2.8

fitreenaamani002
Model: Fitreena Amani :Nikon D50, Tamron 28-75mm Manual/75mm 1/500s at f2.8

fitreenaamani0011
Model: Fitreena Amani :Nikon D50, Tamron 28-75mm Manual/75mm 1/60s at f2.8

ajeezzothman
Principal Photographer for OrientPix

2 Comments