From Taiping With Love

Posted December 18th, 2009 | Category : Outdoor Photography, Personal

Terkadang Jurufoto Perkahwinan juga perlu mempertajamkan pandangan sekeliling dan bukan hanya sekadar merakamkan portret sahaja. Setelah berpakat sesama rakan jurufoto, kami memilih Taiping untuk menambahkan ’shutter count’ kamera. Taiping adalah satu destinasi yang tidak dapat dilupakan, jika boleh tu teringin menetap disana. Persekitaran yang tenang dan menyegarkan membuatkan kita amat mesra alam. Kesan-kesan penjajahan British dan kesan sejarah yang banyak membuatkan bandar Taiping begitu istimewa buat saya. Pada 2 Disember 2009 yang lalu tanpa perancangan teliti, saya, eimanaliff, hafiz dan kamarul membuat lawatan ke Taiping dan destinasi utamanya adalah untuk menaiki Bukit Larut, Zoo Taiping dan merewang sambil menikmati makanan istimewa di sana iaitu “yong tau foo”. Teringat kembali ketika melaksanakan tugasan di Taiping pada tahun 2007 dan menginap di KamaLodge bersama famili, waduh nostalgia ni….

taiping-001

taiping-002

taiping-003

taiping-004

taiping-005

taiping-006

Sebelum menaikki Bukit Larut pada pukul 2 petang, kami mengunjungi Muzium Taiping, bersebelahan dengan Penjara Taiping. Muzium masih dalam keadaan pengubahsuaian.

taiping-007

taiping-008

Menaikki Landrover ke Bukit Larut adalah suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Cerita pendeknya, untuk 18 ke atas aje, waktu naik kepala pening, bila turun pula nak terkeluar isi perut. Hanya pemandu berpengalaman sahaja yang layak membawa Landrover tersebut kerana jalan ke atas penuh seperti “ular dipalu”. Bagi yang belum mencuba, ambillah ini sebagai satu cabaran. Apa yang terdapat di Bukit Larut hanyalah bunga-bungaan dan beberapa brade Bangla yang bekerja di atas sana. Jika terdapat penghuni yang ingin bermalam, barulah pekerja-pekerja ditugaskan di tempat penginapan tersebut. Jika tiada, maka takdak oranglah di atas sana…seram! Sebenarnya Bukit Larut hanya sesuai untuk beristirehat sahaja dan kalau anda seorang penulis, inilah tempat yang paling sesuai.

taiping-009

taiping-010

taiping-011

taiping-012

taiping-013

taiping-014

taiping-015

taiping-016

taiping-017

taiping-018

taiping-019

Sampai kembali ke bawah, alhamdulillah. Lengkap sudah perjalan ke Bukit Larut, nati sihat-sihat nanti boleh naik lagi. Seterusnya perjalan adalah ke Zoo Taiping untuk menziarah haiwan-haiwan ciptaan Illahi. Tapi sayangnya jaring-jaring sangkar adalah terlalu kecil untuk melepasi lensa kamera. Sekadar yang boleh ajelah.
taiping-020

taiping-021

taiping-022

taiping-023

taiping-024

taiping-025

taiping-026

taiping-027

Sebelum mencari ‘yong tau foo’ tidak sah kalau tidak mengelilingi Taman Tasek Taiping. Nak ambil gambar tasek aje, bukan nak ambil gambar manusia-manusia yang berada di situ.

taiping-028

taiping-029

taiping-030

taiping-031

taiping-032
…. lambat sangat menunggu ‘yong tau foo’….belasah kerang bakar dulu.

taiping-033
…sebelum pulang ke rumah… order bungkus untuk ole-ole..

Fotografi oleh ajeezzothman

6 Comments